Monday 6 July 2015

Puree Baby

Setelah sekian lama terkial-kial macamana nak mula buat puri baby, akhirnya berjaya juga buat dengan jayanya dan alhamdulillah MZiyadSyahid menerima dan menelan puri dengan baik.

Tapi saya start buat puree dengan bahan apa yang ada didalam fridge, masih belum berkesempatan keluar membeli sebab market nun jauh disana. Biasanya hujung minggulah tapi setiap weekends ada sahaja program menyebabkan tertunda nak buat puree.

Biasalah first time buat terlalu excited.

Mula2 tu bersihkan lobak, potong bulat2 dalam 10pcs.

Dan saya steam lobak dalam rice cooker je sehingga lembut, saya cucuk guna garphu nak pastikan dah lembut @ keras lagi.



Lepas dah lembut, terus letakkan dalam blend dan kisar sehingga hancur halus mulus tulus.



Puashati blender guna Mini Philips nie sebab hancur halus dan tak perlu dah nak tapis-tapis.

Last sekali campur dengan growell.
Growell MZiyadSyahid dah amalkan sejak 3bulan lagi disebabkan faktor-faktor tertentu.

Yang bagusnya Growell nie berasaskan beras juga jadi senang kerja tak perlu nak masak lama dan kisar beras tambahan pula banyak khasiatnya (kena rajin-rajin google) . Kebiasaannya, saya just didihkan agak-agak boleh dimakanlah, takcair sangat takpekat sangat.

Alhamdulillah, MZiyadSyahid makan dengan berselera sehinggalah dia berasa kenyang dia akan ketip mulut sendiri daripada disumbat makanan @ susu.

Selepas ini Ummi pening pula nak buat resepi apa selepas kesemuanya dah di cuba nanti ;)