Friday 24 April 2015

SUKATAN SUSU BIOLAC


Alhamdulillah, setakat tarikh ini consume BIO_LAC untuk baby Ziyad sangat okay.

Yang menjadi pilihan susu biolac ini sebab keluaran bumiputera In Sha Allah terjamin kehalalanya.

Kedua kerana mengandungi BTS (Garamtisu Biokimia) bperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh & keperluan fungsi otak.

Ketiga kerana memelihara sistem penghadaman, mengelakkan kembung, sembelit. Hal ini sangat penting sebab baby Ziyad sering kali kembung dan meragam sampai as parents habis idea nak pujuk.

Dan yang paling penting BTS berperanan untuk meningkatkan sistem imunisasi anak.

Ingin mengetahui maklumat selanjutnya boleh website : http://www.salindah.com/biolac/ & http://www.eraedar.com.my/

SUKATAN SUSU BIOLAC



Usia
Susu (scoope)
Air
Oz
ML
0 – 3 bulan
½ - 1
2
60
4 – 6 bulan

2 – 2 ½
5
150
7 – 2 tahun
3 - 4
9
270

Sukatan ini penting bagi mengelakkan masalah pada baby :
  • Terlalu pekat boleh menyebabkan sembelit.
  • Terlalu cair, boleh mengakibatkan cirit-birit.
  • Najis berwarna coklat kekuningan menunjukkan terdapat sisa susu formula tersebut di dalam usus. 
  • Najis berwarna hijau pula menandakan terdapat kehadiran zat besi yang berlebihan di dalam susu formula tersebut.

Tuesday 21 April 2015

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, KUALA LUMPUR (JPN)


JPN : ALAMAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA KUALA LUMPUR



Selesai juga akhirnya MyKid anakku Muhammad Ziyad Syahid pada 21/04/2015
                                                    DOB    : 17/12/2014
Charge :  Pendaftaran kali pertama Free

Alamat JPN : Jabatan Pendaftaran Negara
                                  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
                                                Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
                                           Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas 1,
           50551 Kuala Lumpur.

Agak lewat buat Mykid anak kerana kekangan masa yang teramat untuk keluar lebih-lebih lagi apabila ada anak kecil dan suami bekerja. Pergerakan yg sangat terhad untuk urusan rasmi. Melainkan berurusan di kampung, ada juga lah parents yang boleh tengok2kan anak sementara urusan selesai. Keesokan hari jugalah nak siap mykid nie mungkin sebab kami pergi dah lewat, office pun nak tutup dah. System pun dah offline sebab tu takboleh proceed segera. Tak kisah sangatlah sebab JPN boleh dikatakan dekat jugalah dengan rumah & tempat suami bekerja. 


JPN BERHAMPIRAN DENGAN 
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Jalan Tunku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur.

View Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sempat Singgah Solat Asar di sini, seperti biasalah bila ada anak kecil nie kurang gemar untuk solat di masjid  yg terlalu besar disebabkan bimbang anak meragam dan menangis. Jadi kalau boleh nak singgah solat yg mana tempat wudhuknya dan tempat solat berdekatan. Tapi di sini tempat wudhuk di bawah dan tempat solat perlu naiki tangga. Bg seorang ibu ia memakan masa yg lama. Kebiasaanya, lebih gemar untuk solat di surau ataupun di station minyak. Jimat masa & pergerakan.

Sebelum ini tengok dari jauh je masjid nie sewaktu ulangalik hantar suami ke office di area KL Sentral, dalam hati teringin jugalah nak singgah solat. Tanpa dirancang tercapai jugalah hajat di hati. Alhamdulillah.......