Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Monday, 6 July 2015

Puree Baby

Setelah sekian lama terkial-kial macamana nak mula buat puri baby, akhirnya berjaya juga buat dengan jayanya dan alhamdulillah MZiyadSyahid menerima dan menelan puri dengan baik.

Tapi saya start buat puree dengan bahan apa yang ada didalam fridge, masih belum berkesempatan keluar membeli sebab market nun jauh disana. Biasanya hujung minggulah tapi setiap weekends ada sahaja program menyebabkan tertunda nak buat puree.

Biasalah first time buat terlalu excited.

Mula2 tu bersihkan lobak, potong bulat2 dalam 10pcs.

Dan saya steam lobak dalam rice cooker je sehingga lembut, saya cucuk guna garphu nak pastikan dah lembut @ keras lagi.



Lepas dah lembut, terus letakkan dalam blend dan kisar sehingga hancur halus mulus tulus.



Puashati blender guna Mini Philips nie sebab hancur halus dan tak perlu dah nak tapis-tapis.

Last sekali campur dengan growell.
Growell MZiyadSyahid dah amalkan sejak 3bulan lagi disebabkan faktor-faktor tertentu.

Yang bagusnya Growell nie berasaskan beras juga jadi senang kerja tak perlu nak masak lama dan kisar beras tambahan pula banyak khasiatnya (kena rajin-rajin google) . Kebiasaannya, saya just didihkan agak-agak boleh dimakanlah, takcair sangat takpekat sangat.

Alhamdulillah, MZiyadSyahid makan dengan berselera sehinggalah dia berasa kenyang dia akan ketip mulut sendiri daripada disumbat makanan @ susu.

Selepas ini Ummi pening pula nak buat resepi apa selepas kesemuanya dah di cuba nanti ;)

Tuesday, 30 June 2015

Bekas Kedap Udara

Alhamdulillah akhirnya jumpa juga bekas kedap udara untuk baby Ziyad.

Tujuan utama nak beli sangat bekas kedap udara nie sebab nak elakkan angin masuk yang boleh merosakkan molekul-molekul, nutrien yang ada pada susu.

Sekarang nie Ziyad minum susu biolac yang dalam pax. So takkan setiap kali nak bancuh susu buka getah @ flip kan. Memang leceh lah. Tapi sementara nak ada bekas kedap udara ummi refill dalam tin susu novalac, tapi makin lama tin dah macam nak berkarat.

So terpaksalah mencari sesuatu untuk mengekalkan kualiti susu.

Tapi bagus juga kalau Tupperware reka canister sekali dgn tempat letak scoope kan. Incase pegang scoope tangan dalam keadaan lembap so boleh asingkan scoope dan susu. Siap lakar contoh lagi nak macam tu.

Saya beli Tupperware Canister Small no.2 (2.0L) Harga dalam Rm33 👍👍👍


Bila dah jadi ibu nie kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak 😊😊😊 Lepasnie lebih yakin dan tak perlu fikir lagi tentang storage susu Ziyad.